Popular Posts

Wednesday, May 15, 2013

HARI GURU 2013

Hari ini tanggal 16 Mei adalah Hari Guru bagi Rakyat Malaysia.Pagi2 sudah saya bangun seperti biasa. Mandi, solat, dan sarapan. dekat jam 7pagi saya terus pergi Airport sebAb penerbangan saya ke Miri jam 7:38 am.. Sampai saja airport, terjmpa seorang pegawai Penjara dan memberitahu penerbangan ke Miri tertangguh hingga jam 11:15 pagi.... Saya pun terus pergi chek in.. memang penerbangan delay jam 11:15 am. Selesai chek in, saya pun terus balik rumah untuk rehat... Sepatutnya hari ini saya pergi sekolah dan sama2 sambut hari guru bersama warga sekolah sk st edmund limbang. saya salah seorang pengatur acara tak dapat bersama pada hari guru 2013. SELAMAT HARI GURU 2013 kepada warga pendidik semua khususnya warga SK ST EDMUND LIMBANG... semoga majlis kalian berlangsung dengan meriah dan selamat bergembira... Tidak lupa juga kepada ISTERI tercinta... abang ucapakan SELAMAT HARI GURU semoga diberkati segala ilmu yang diajar Hari ini, saya masih menunggu penerbangan ke KUCHING. harap semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Saya pergi Kuching mengikuti Kursus JU Bola Lisut ( 16 - 18 Mei ). PADA RUANGAN INI SAYA LAMPIRKAN UCAPAN KETUA PENGAWAS SK ST EDMUND LIMBANG 2012 SEMPENA MEMBENTERAS GEJALA PONTENG SEKOLAH... Setiap pelajar yang mengaku ada tanggungjawab terhadap diri, seharusnya tahu tentang peraturan-peraturan sekolahnya sendiri. Pengetahuan yang sedemikian secara tidak langsung akan membantu meningkatkan lagi rasa tanggungjawab dan kecintaan setiap pelajar terhadap sekolahnya. Yang berusaha, Tuan Guru Besar, PK Pentadbiran, PK Hem, Barisan Guru yang disanjungi serta rakan-rakan sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera. • KESAN PONTENG SEKOLAH Maksud ponteng mengikut takrif ialah meninggalkan tugas tanpa kebenaran. Dalam konteks pelajar sekolah, ponteng bermaksud tidak hadir ke sekolah dan meninggalkan tugas atau tanggungjawap belajar di sekolah dengan pergi ke tempat lain atau tinggal di rumah sahaja. • Ponteng sekolah sebenarnya tidak pernah menjanjikan kebaikan dan keseronokan kepada pelajar. Malah ia mendatangkan keburukan kepada diri pelajar itu sendiri. Antara kesan-kesan yang timbul dari gejala ponteng sekolah ialah : 1. Pembaziran masa dan tenaga. Kerana masa yang dibazirkan tidak akan dipulangkan atau dikembalikan.Ingatlah bahawa Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. 2. Masyarakat akan memandang serong kepada pelajar. Mereka akan memandang rendah atau hina kepada pelajar dan ini secara tidak langsung akan memalukan meruah keluarga. 3. Masa depan tidak terjamin. Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan. Maka untuk mendapat pekerjaan yang baik, kita haruslah mempunyai pendidikan yang cemerlang. 4. Menjejaskan peratus kedatangan pelajar. Kesan lebih meruncing sekiranya peratus kedatangan pelajar terbabit tidak mencapai syarat wajib kedatangan harian ke sekolah ialah 85%. Justeru, peluang bagi murid menduduki peperiksaan akhir tahun turut terjejas dan boleh digagalkan. • Akhir kata, marilah kita sebagai pelajar menyematkan di dalam hati dan minda bahawa KAMI BENCI GEJALA PONTENG. Ponteng tiada faedahnya. Ia boleh menyumbang kepada kes-kes yang lebih berat seperti menghisap rokok, menghidu gam, mengambil dadah hinggalah kepada kesalahan jenayah seperti gangsterism,buli, bunuh, curi, ragut, rompak, pengedaran dadah, dan sebagainya . Sekian.

Monday, April 29, 2013

Myspata melanda sekolah di Limbang

Alhamdulillah..... Sudah sekian lama saya tidak membuat coretan di blog ini.... baru baru Ni sekolah2 di Limbang diarah untuk mengisi system myspata. Sewaktu penerangan di pejabat pod memang saya tidak faham 100%. Saya Rasa, pegawai yang menerangkan tu pun kurang arif.. walaupun kurang faham, saya bust juga apa yang disuruh. Kerja tu kan satu amanah. Apatahlagi Kita sebagai pekerja bawahan dengan slogan " saya yang menurut perinatal" Sudah synonym dengan penjawat awam. Setelah semua kerja iaitu melukis setiap blok atau bangunan Dan bukan bangunan mama perlulah memasukkannya kedalam system myspata. Pada mulanya memang sukar sebab kurang faham dengan system. Bagaimana pun basil pencarian sendiri di internet mama dapat juga saya memahami system tersebut. Saya Rasa kerja tersebut tidak Susan sangat. Bagi saya tidak jua menjadi beban kerja. Ink Kerala semua kerja saya buat sendiri. Dalam jam 5 petang nanti, seorang guru akan datang kerumah untuk memohon pertolongan mengisi system myspata. Hair tu, sewaktu taklimat PPD mengarahkan mesti siap pada 30 April 2013. Mampukah aku to long untuk menyiapkan kerjanya... mudah..mudahan dipermudahkan semua kerja.. Amin..

Tuesday, August 7, 2012

Penulisan Karangan ( PENGENALAN ) UPSR

Cara menulis perenggan pengenalan ( skor A ) - penting sebagai daya penarik - memperkenalkan isi/ fakta/ pendapat - pernyataan idea/ harapan - memperkenalkan tajuk - bermula dengan ayat pengenalan ( satu ayat ) - ayat huraian ( tiga hingga empat ayat ) contoh : Akhir-akhir ini didapati bahawa minat belajar semakin terhakis dikalangan pelajar. (2)Banyak kes pelajar ponteng yang dilaporkan berlaku di media massa. (3)Bukan sahaja pelajar sekolah menengah yang kerap ponteng tetapi pelajar sekolah rendah juga mengalami masalah yang sama. (4)Fenomena ini akan mengancam pembangunan model insan yang cemerlang. (5)Masalah ini terjadi disebabkan oleh sikap pelajar sendiri yang tidak memberi perhatian terhadap ilmu pengetahun dan masa depan mereka. ( dalam perenggan tersebut, ayat (1) ialah ayat pengenalan, manakala ayat(2) hingga (4) ialah ayat huraian. Ayat lima pula ialah ayat persoalan atau perbincangan terhadap tajuk karang tersebut.)

Wednesday, May 9, 2012

PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4

BAHAGIAN A ( / 60 Markah ) A. Bulatkan jawapan yang betul. ( 20 markah ) 1. Yang berikut merupakan sikap orang yang bersyukur. A. Taat suruhan agama B. Menagih dadah C. Memakai pakaian baru D. Berangan-angan agar dosa diampunkan 2. Apakah kesan jika kita bercakap kasar dan kurang sopan dengan rakan? A. Menggembirakan rakan B. Mengeratkan hubungan C. Dibenci rakan D. Dihormati dan dikasihi rakan 3. Azril mewakili sekolahnya dalam pertandingan catur peringkat negeri. Apakah yang perlu Azril lakukan? I. Berusaha dengan bersungguh-sungguh II. Yakin dengan kebolehan diri III. Bertutur dengan sopan IV. Kuat semangat dan tidak mudah mengalah A. I, II, dan III C. I, III, dan IV B. I, II, dan IV D. II, III, dan IV 4. Jason mengemas katil dan membersihkan biliknya sendiri. Dia juga sering membantu ibunya melakukan kerja rumah. Apakah nilai yang diamalkan oleh Jason? A. Harga diri C. Kejujuran B. Kerajinan D. Kesederhanaan 5. Sikap yang berikut perlu semasa berbincang dalam kumpulan, kecuali ___________ A. Menghormati pendapat rakan. B. Memberikan pendapat mengikut giliran. C. Mendengar pandangan rakan. D. Memarahi rakan yang memberi pendapat yang tidak bernas. 6. Wanida gemar makan makanan manis dan bergoreng. Wanida sepatutnya ____________ A. Makan makanan yang berlemak B. Makan makanan segera C. Makan makanan yang berzat D. Makan makanan yang mahal 7. Mengapakah kita perlu bersederhana dalam pertuturan dan perlakuan? A. Dapat bertindak mengikut perasaan B. Dapat membentuk peribadi mulia C. Mendapat anugerah D. Mendapat pujian 8. Apakah bentuk sumbangan yang sesuai diberikan kepada penghuni rumah anak-anak yatim? A. Mendermakan wang dan pakaian B. Tinggal bersama mereka C. Mendermakan pokok bunga D. Mengajak mereka tinggal bersama 9. Sikap yang manakah antara berikut dapat mengeratkan hubungan antara keluarga? I. Saling bergaduh II. Saling membantu III. Bertolak ansur IV. Bertindak mengikut perasaan A. I dan II C. III dan IV B. II dan III D. II dan IV 10. Badan nenek lenguh-lenguh. Apakah tindakan kamu? A. Menyuruh nenek bersabar B. Mentertawakan nenek C. Menyuruh nenek tidur D. Memicit badan nenek B. Teliti dan fahami situasi tersebut. Tulis nilai yang sesuai. (12 markah ) 1. Ali menyerahkan kepada guru bag duit yang dia jumpa di tapak perhimpunan sekolah. Nilai : _______________________________ 2. Stacy member derma untuk pembedahan murid Tahun Tiga, Amir bin Hassan yang menghidap penyakit Jantung Berlubang. Nilai :________________________________ 3. Rogery menyusun surat khabar yang berselerak di dalam Pusat Sumber sekolah. Nilai :________________________________ 4. Sultan berminat menyertai pertandingan kuiz peringkat sekolah. Nilai :_________________________________ 5. Aida memaafkan Sevita walaupun sudah lama menunggu di Taman Bukit Mas. Nilai :_________________________________ 6. Machel Joe selalu bersenam setiap hujung minggu untuk menjaga kesihatan beliau. Nilai :_________________________________ C. Tandakan [ BETUL] pada nilai yang tepat dengan perlakuan yang diberikan. ( 12 markah ) 1. Mimi gigih berlatih melukis sehingga Berjaya memenangi tempat pertama dalam pertandingan melukis. Harga diri Baik hati 2. Siska mengaku bahawa dialah yang tertumpahkan kuah kari di lantai dapur. Kejujuran Kerajinan 3. Rumah rakan Temoty terbakar. Habis harta bendanya musnah dalam kejadian tersebut. Temoty mendermakan pakaiannya yang masih elokkepada rakannya. Berterima kasih Baik hati 4. Kelvin makan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Dia juga selalu bersenam. Hemah tinggi Kasih saying 5. Selepas pulang dari sekolah, Ah Leong membantu ayahnya di kebun sayur. Tanggungjawab Keserderhanaan 6. Babara lulus cemerlang dalam peperiksaan. Ibu dan ayahnya mengadakan kenduri kesyukuran. Kepercayaan kepada Tuhan Kesederhanaan D. Tulis [ B ] atau [ S ] pada pernyataan yang berikut. ( 16 markah ) Kita tidak perlu mendengar dan memberikan perhatian semasa rakan memberikan pendapat. Anak yang baik sentiasa menjaga maruah dan nama baik keluarga. Kita perlu berusaha dan berazam untuk memenangi setiap pertandingan yang kita sertai. Orang yang jujur akan menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik. Murid yang sombong selalu mendapat pujian guru dan rakan-rakan. Sikap saling menyayangi dan menghormati antara ahli keluarga dapat melahirkan keluarga yang bahagia. Anggota keluarga kembangan perlu ziarah-menzarahi untuk mengeratkan hubungan silaturahim. Kita perlu meminta upah setelah kita bersusah payah membantu rakan. BAHAGIAN B [ / 40 markah ] Jawab soalan-soalan di bawah ini. 1. Berikan dua cara kamu menunjukkan kesyukuran kepada Tuhan. a) _____________________________________________________________ b) _____________________________________________________________ 2. Mengapakah kita perlu bertutur dengan sopan? Berikan dua sebab. a) _____________________________________________________________ b) _____________________________________________________________ 3. Kamu terpilih mewakili pertandingan bercerita di sekolah. Apakah dua perkara yang perlu kamu lakukan? a) _____________________________________________________________ b) _____________________________________________________________ 4. Nyatakan dua contoh sikap murid yang rajin. a) _____________________________________________________________ b) _____________________________________________________________ 5. Berikan dua cara yang betul dalam pergaulan dengan akan-rakan. a) _____________________________________________________________ b) _____________________________________________________________ 6. Berikan dua cara untuk memastikan badan sihat dan cergas. a) _____________________________________________________________ b) _____________________________________________________________ 7. Nyatakan dua contoh sikap kesederhanaan dalam pertuturan. a) _____________________________________________________________ b) _____________________________________________________________ 8. Berikan dua tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar. a) _____________________________________________________________ b) _____________________________________________________________ 9. Nyatakan dua cara yang berhemah tinggi untuk menolak pendapat rakan. a) _____________________________________________________________ b) _____________________________________________________________ 10. Mengapa kita perlu menjaga penampilan diri? Berikan dua sebab. a) _____________________________________________________________ b) _____________________________________________________________

Monday, April 9, 2012

Dialog/ Perbualan karangan UPSR Tahun 4

Perbualan tentang kepentingan menjaga kebersihan di dapur rumah.

Dalilah : Ibu, saya sudah menyiapkan semua kerja sekolah yang telah diberikan oleh
guru.Boleh saya membantu ibu? Apakah yang boleh saya bantu?

Ibu : Boleh. Dalilah, ibu mahu kamu menolong mencuci sayur di atas meja itu. Sayur
itu baru ibu beli di pasar tadi.

Dalilah : Mengapa kita perlu mencuci sayur-sayur ini? Saya tidak nampak pun kekotoran
pada sayur-sayur ini, ibu.

Ibu : Pada mata kasar, sayur-sayur itu memang nampak bersih. Tetapi, kita perlu
mencucinya juga demi keselamatan kita. Ini kerana sewaktu di ladang, sayur-
sayuran itu telah disembur dengan racun serangga dan baja yang merupakan
bahan kimia.

Dalilah :Mengapakah racun serangga dan baja itu mendatangkan bahaya kepada kita, ibu?

Ibu : Sudah tentu. Oleh itu, untuk mengelakkan kita daripada mendapat penyakit
atau mengalami keracunan, eloklah kita bersihkannya terlebih dahulu sebelum
dimasak.

Dalilah : Oh begitu, tapi janganlah ibu risau sangat. Bukankah kita boleh mendapatkan
ubat di klinik atau hospital jika kita keracunan makanan?

Ibu : Memang benar kata kamu itu. Tetapi, lebih baik kita mencegahnya daripada
mengubati. Kalau kita sudah terkena, mungkin akan memberi kesan kepada
kesihatan kita sepanjang hayat. Lagipun agama kita menggalakan umatnya
menjaga kebersihan.

Dalilah : Memang benar kata ibu, lagipun kos rawatan sangat tinggi pada masa
sekarang. Itu sebabnya saya bercita-cita untuk menjadi ahli perubatan.
Kalau ibu atau bapa sakit, pasti saya akan merawatnya.hehehe.

Ibu : Baguslah anak ibu ni. Jangan pula asyik bercakap saja, pergi cuci segera
sayur-sayur itu. Ibu mahu memasaknya untuk makan malam.

Dalilah : Baiklah, ibu.

Sunday, June 19, 2011

Maksud: At-Taubah ayat 128-129

"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan ( keimanan & Keselamatan ) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin"

"Jika mereka berpaling ( dari keimanan ) maka katakanlah : "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal, dan dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arasy yang agung".


....fikir-fikirkanlah...

Saturday, May 21, 2011

Kata Adjektif dalam Darjah Penghabisan

Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara yang berikut :

1) se + KA + gandaan + KN
contoh : Semalas-malas keldai.
- menggunakan imbuhan 'se'.

2) ter + KA
contoh : Tercantik.
- menggunakan imbuhan 'ter'
ayat : Anita Jihon merupakan gadis tercantik di Kampung Pening Batu.

3) paling + KA
contoh : paling tinggi.
- menggunakan kata penguat "paling"
ayat : Ahmad Khazan ialah pelajar yang paling tinggi di sekolahnya.

4) KA + sekali
contoh : cantik sekali.
-menggunakan kata penguat belakang "sekali"
ayat : Lukisan yang diletakkan di atas meja itu cantik sekali.

p/s * Binaan menggunakan imbuhan 'ter'+ Kata Adjektif tidak perlu diikuti oleh kata penguat belakang. contoh : tercantik sekali ( salah ).

5) ter + amat/ sangat + KA
contoh : teramat baik / tersangat mulia
- menggunakan kata penguat (amat/sangat).

6) amat/sungguh/sangat + KA + sekali
contoh : amat baik sekali
sungguh cantik sekali
sangat mulia sekali.

- selain daripada penerangan di atas, penggunaan kata adjektif dalam darjah penghabisan adalah tidak dibenarkan sama sekali. Ini kerana menyalahi penggunaan tatabahasa.

SELAMAT MENCUBA....